Teknik Menghasilkan Gambar Swafoto Yang Cantik

Teknik Menghasilkan Gambar Swafoto Yang Cantik

Diterbitkan pada Sep 28, 2020 oleh .

Jika dahulu, pengguna telefon pintar perlu menghala kamera belakang mereka ke arah muka, dan mungkin perlu untuk mengambilnya banyak kali kerana pengguna tidak dapat melihat hasil gambar sebenar sebelum merakamnya. Sejak daripada tularnya terma selfie, para pengeluar telefon pintar berinovasi dan telah melancarkan pelbagai model telefon dengan sokongan kamera swafoto. Ini memudahkan lagi proses pengguna untuk mengambil gambar swafoto. Malah, vivo juga tidak ketinggalan dalam menghasilkan pelbagai inovasi untuk kamera swafoto mereka.

Baru-baru ini, vivo telah melancarkan vivo V20 SE untuk pasaran Malaysia. Telefon pintar ini menawarkan spesifikasi yang memfokuskan kepada kebolehan swafoto. Tetapi sebelum kita masuk lebih mendalam tentang teknik mengambil gambar swafoto, adalah lebih untuk kita tahu spesifikasi penuh bagi telefon pintar ini. vivo V20 SE adalah peranti yang hadir dengan rekaan skrin 6.38 inci AMOLED, menerima janaan cip Snapdragon 665, memori 8GB RAM bersama storan 128GB, serta bateri sebesar 4100mAh. Telefon pintar ini juga membawakan rekaan 3D yang lebih ringan dan selesa untuk dipegang selalu.

Kameranya pula menyertakan sokongan kamera kuad yang menggabungkan lensa 48MP untuk kamera utama, 8MP untuk rakaman sudut ultra lebar, 2MP untuk makro, dan 2MP untuk rakaman sudut kedalaman. Manakala kamera swafotonya pula dilengkapi dengan lensa 32MP. Memandangkan vivo memfokuskan kebolehan kamera swafoto pada V20 SE, mereka telah menawarkan pelbagai kemudahan kepada pengguna peranti ini untuk menghasilkan rakaman swafoto yang lebih cantik, dan ini adalah salah satu tekniknya.

HDR+ Morpho

Pernahkah anda mengalami situasi ini dimana anda ingin mengambil gambar pada waktu malam, tetapi kamera anda tidak menyokong untuk merakamkan subjek kerana persekitaran terlalu gelap? Sekiranya anda menggunakan vivo V20 SE ini untuk menghasilkan rakaman pada waktu malam, anda tidak perlu risau kerana melalui fungsi HDR+ Morpho, anda masih boleh menghasilkan gambar yang lebih cantik dan jelas tanpa perlu mempertimbangkan pencahayaan persekitaran.

Algoritma pada fungsi ini sangat membantu kerana ia akan meningkatkan pencahayaan pada tempat yang gelap dan mengurangkan pencahayaan yang berlebihan di dalam gambar. Jadi apabila anda menggunakan mod HDR+ Morpho ini ketika penggambaran malam, gambar yang dihasilkan akan menjadi lebih cantik dengan kecerahan, kejelasan dan pewarnaan yang lebih seimbang. Malah, anda juga boleh menggunakan mod kecantikkan untuk mendapatkan hasil yang lebih cantik.

Selfie Softlight Band

Fungsi ini menawarkan kebolehan rakaman swafoto yang memberi kesan seolah-olah anda merakamkan gambar swafoto pada waktu malam dengan menggunakan pencahayaan daripada studio. Apa yang fungsi ini boleh lakukan adalah ia mampu untuk menyesuaikan kadar cahaya secara automatik dengan jumlah pencahayaan asal di luar. Jadi, anda tidak perlu risau sekiranya anda ingin merakam gambar swafoto di persekitaran yang gelap kerana vivo V20 SE mampu untuk mencantikkan rakaman swafoto anda.

Video Dengan Mod Kecantikkan

Mod Kecantikkan Kadar 0%
Mod Kecantikkan Kadar 50%
Mod Kecantikkan Kadar 100%

Jika dahulu mod kecantikkan hanya ditawarkan untuk rakaman gambar sahaja, kini pada vivo V20 SE tidak lagi. Ini kerana telefon pintar ini menawarkan fungsi rakaman video dengan sokongan fungsi mod kecantikkan. Malah, fungsi ini boleh digunakan semasa proses rakaman dibuat. Oleh itu, anda tidak lagi perlu risau dengan keyakinan diri anda untuk merakamkan video anda sendiri dengan menggunakan vivo V20 SE.

Kesimpulan

Bagi anda yang sedang mencari telefon pintar daripada kelas pertengahan yang terbaru dan dalam masa yang sama sangat gemar mengambil gambar swafoto, vivo V20 SE adalah telefon pintar yang patut anda pertimbangkan untuk dibeli. Ini kerana telefon pintar ini menyertakan pelbagai fungsi yang akan membantu anda menghasilkan rakaman yang cantik tanpa perlu risau pencahayaan persekitaran. Malah, dengan bantuan vivo V20 SE ini juga, ia akan memberikan anda sedikit keyakinan diri untuk mengambil gambar swafoto anda sendiri. Bagi yang berminat, Vivo V20 SE ditawarkan pada harga RM1,199 untuk satu unit dan telah pun dipasarkan secara rasmi. Terdapat dua pilihan warna yang boleh dipilih iaitu Gravity Black dan Oxygen Blue. Tetapi apa yang lebih menariknya lagi adalah jika anda membuat pembelian sebelum 2 Oktober ini, anda berpeluang menerima hadiah misteri bernilai sehingga RM199. Jadi, jangan lepaskan peluang keemasan ini!

Layari: Laman Rasmi vivo Untuk Maklumat Lanjut

Penafian: Advertorial daripada vivo Malaysia


TIPS & ULASAN