Kelak Anda Boleh Membayar Tambang LRT Menggunakan Kad Bank MyDebit

Kelak Anda Boleh Membayar Tambang LRT Menggunakan Kad Bank MyDebit

Diterbitkan pada Sep 23, 2020 oleh .

Pada hari ini, LRT sedia memudahkan pengguna untuk membuat pembayaran melalui kad Touch ’n Go. Malah, sebelum ini mereka sedia melakukan ujian untuk melakukan pembayaran menggunakan imbasan kod dari telefon pintar.

Terbaru, mereka turut dilihat sedang dalam persediaan untuk menerima pembayaran menggunakan kad MyDebit dari bank-bank tempatan.

Ujian rintis untuknya dijangka akan diumumkan tidak lama lagi, dan boleh diuji dibeberapa stesen, termasuk Wangsa Maju, Lembah Subang, dan Pasar Seni.

Buat masa ini, garis masa dan kaedah penggunaannya masih tidak diketahui lagi. Apa pun, memandangkan ia menggunakan kad MyDebit, berkemungkinan sistem akan memegang sedikit baki akaun, sebelum penolakkan tambang dilakukan selepas keluar dari stesen akhir.

Ia juga masih menjadi tanda tanya bagaimana pihak LRT akan melakukan integrasi bersama penawaran kad sedia ada, terutamanya pas bulanan MY100.

Buat masa ini, info berkaitan dengannya masih samar-samar, dan sama-sama kita nantikan pengumuman lanjut berkaitan penawaran ciri pembayaran baru ini.

Terima kasih OrangSalji untuk tips.



TIPS & ULASAN