Vivo Watch Kini Rasmi Dengan Ketahanan Bateri Sehingga 18 Hari

Vivo Watch Kini Rasmi Dengan Ketahanan Bateri Sehingga 18 Hari

Diterbitkan pada Sep 23, 2020 oleh .

Vivo kini telah memasuki segmen jam tangan pintar dengan memperkenalkan jam tangan pintar pertama mereka iaitu Vivo Watch. Ia hadir dengan sejumlah ciri-ciri kesihatan dan kecergasan menarik yang bersesuaian untuk mempraktikkan gaya hidup sihat.

Jam pintar ini hadir dalam dua pilihan model berbeza – ia boleh didapati dalam variasi 42mm dan 46mm. Untuk versi 42mm, ia hadir dengan skrin bersaiz 1.39-inci AMOLED dengan 454 x 454 pisksel. Manakala, versi 46mm pula hadir dengan skrin berukuran 1.19-inci AMOLED dengan resolusi 390 x 390 piksel. Selain itu, kapasiti bateri juga berbeza – model 46mm dilengkapi bateri 478mAh dengan ketahanan sehingga 18 hari. Manakala, bateri untuk model 42mm pula sebesar 226mAh dengan ketahanan sehingga 9 hari.

Dari segi binaan, tubuh jam tangan pintar ini diperbuat daripada bahan keluli tahan karat, selain bezel pula diperbuat daripada seramik dengan kira-kira empat kali lebih keras daripada keluli tahan karat. Talinya juga hadir dalam dua pilihan iaitu, sama ada jenis kulit nappa atau getah. Untuk dalaman, ia menyokong memori sebesar 2GB RAM.

Dari segi fungsi, ia hadir dengan sejumlah sensor terbina untuk pemantauan kesihatan termasuk – pemantauan oksigen dalam darah, tekanan udara, kadar denyutan jantung dan banyak lagi. Ia juga dilengkapi 11 mod sukan berbeza termasuk berenang, berbasikal mendaki gunung dan sebagainya, selain menyokong sistem kedudukan global termasuk Beidou.

Spesifikasi lain termasuk ketahanan air 5ATM, NFC, pembesar suara JOVI, kawalan untuk kamera dan sokongan untuk pemain muzik. Vivo Watch dijual pada harga RMB1,299 (~RM791) , dan buat masa ini belum diketahui bilakah ia akan ditawarkan secara global.



TIPS & ULASAN