Tesla Model S Plaid Diumumkan – 1100 HP, Kelajuan Maksimum 321 kmj Dan Bateri 837 km

Tesla Model S Plaid Diumumkan – 1100 HP, Kelajuan Maksimum 321 kmj Dan Bateri 837 km

Diterbitkan pada Sep 23, 2020 oleh .

Tesla Model S Plaid diumumkan semalam sebagai model berprestasi tinggi dengan kelajuan mencecah 321 kmj dan bateri yang memberikan jarak operasi sehingga 837 kilometer. Ini adalah peningkatan dari kelajuan maksimum 261 kmj dan jarak operasi sehingga 610 km pada Model S sebelum ini.

Tiga motor elektrik yang menawarkan 1100 kuasa kuda digunakan bagi memberikan prestasi pecutan melampau 0-100 kmj dalam masa kurang 2 saat dan suku batu kurang dari 9 saat. Ini ialah prestasi yang boleh membawakan senyuman ke bibir Dominic Toretto. Plaid hanya akan ditawarkan bermula tahun 2021 dengan harga bermula dari $139,990 (~RM580,000) sebuah.



TIPS & ULASAN