Google Mengeluarkan Laporan Mengenai Pecahan Permua Popular Di Rantau Asia Tenggara

Google Mengeluarkan Laporan Mengenai Pecahan Permua Popular Di Rantau Asia Tenggara

Diterbitkan pada Sep 23, 2020 oleh .

Permainan mudah-alih, ataupun permua boleh dikatakan genre permainan paling popular sekarang kerana ia mudah diakses oleh orang ramai yang mempunyai peranti-peranti pintar.

Hari ini, Google telah mengeluarkan sebuah laporan yang memperlihatkan pilihan permua-permua popular di rantau Asia. Tidak mengejutkan, tiga negara dengan populasi pengguna dan pembangun terbesar permua di Asia termasuklah China, Jepun dan Korea Selatan.

China seperti yang dijangka ialah negara dengan jumlah hasil permua terbesar pada $19.8 bilion. Lebih menarik lagi, 9 daripada 10 permua yang paling popular di negara tersebut dimiliki oleh gabungan tajuk-tajuk daripada NetEase dan juga TenCent.

Di Asia Tenggara, tiga genre permua yang paling popular adalah RPG pada 31.3 peratus, strategi pada 16.5 peratus dan permua aksi pada 16.4 peratus.

Permua terlaris di rantau ini pula ialah Garena: Free Fire, diikuti oleh Mobile Legends: Bang Bang dan Rise of Kingdoms: Lost Crusade untuk enam bulan pertama tahun 2020.

Satu lagi fakta menarik mengenai peminat-peminat permua di Asia Tenggara ialah semangat setiakawan yang tinggi, dimana 60 peratus daripada mereka gemar bermain permua bersama rakan-rakan mereka.

Ini dapat dilihat melalui carta 10 permainan paling popular di Asia Tenggara, dimana banyak daripadanya boleh dimainkan bersama rakan-rakan beramai-ramai.

Adakah anda seorang penggemar permua? Adakah permua kegemaran anda berada didalam senarai tersebut?



TIPS & ULASAN