Fire TV adalah sistem operasi yang digunakan kepada banyak kotak set atau dongel untuk menjadikan televisyen dungu menjadi pintar. Sebelum Xiaomi Mi TV Stick wujud di pasaran, Amazon sudah bertahun hadir dengan Fire TV Stick. Walaupun ia bukan Android TV, ia mendapat perhatian ramai kerana sistem yang lancar dan mudah digunakan.

Terkini, terdapat peranti baru Fire TV dari Amazo tertiris – iaitu Fire TV Stick Lite. Jelas di sini ia cuba bersaing dengan Mi TV Stick yang dijual pada harga sekitar RM129-RM149. Apa yang menarik adalah, Fire TV Stick Lite ini dilihat hadir dengan alat kawalan jauh serba baru yang sudah tiada lampu LED, butang kuasa, butang aras suara, dan butang senyap. Sebaliknya kini mempunyai butang khas untuk menyeru pembantu digital Alexa. Susun atur butang-butang lain dilihat sama sahaja dengan alat kawalan jauh sebelum ini.

Spesifikasi penuh bagi peranti ini masih tidak diketahui, begitu juga harga jualan. Tetapi jika Amazon ingin menjayakan produk ini, mereka harus jual lebih murah dari Mi TV Stick atau sekurang-kurangnya harga Nokia Media Streamer.