Cari @ Amanz

LG K71 baru sahaja dilancarkan oleh LG. Pasaran peranti kelas pertengahan LG in boleh dikatakan agak pelik dan mengelirukan. Tidak pasti apa sebenarnya strategi LG ini. Tetapi dengan kerap melancarkan banyak peranti, ini memberi petanda yang peminat LG masih ada di luar sana dan LG tidak ingin mengalah dan menerima nasib seakan HTC.

LG K71 ini adalah sebuah peranti yang mempunyai stilus terbina, seakan Samsung Galaxy Note. Ia menggunakan skrin 6.8-inci FullVision LCD FHD+ bertakuk kecil dan memfokuskan kepada penggunaan kreatif asas, seperti suntingan gambar. Ia dijana dengan cip pemproses Helio P35, dipadankan dengan memori 4GB RAM, storan dalaman 128GB dengan sokongan kad mikroSD. Kamera pula adalah 48+5+5 MP (utama, ultra lebar, kedalaman) dan kamera swafoto 32MP.

Ia turut hadir dengan butang khusus Google Assistant, Bluetooth 5.0, pengimbas cap jari fizikal di belakang, dan sistem pembesar suara DTS:3D. Bateri adalah 4000mAh dengan sokongan pengecasan USB-C. Tiada harga lagi buat masa ini, tetapi warna yang ditawarkan adalah Holo Titan dan Holo White.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd