Realme UI 2.0 Kini Rasmi – Dibina Berasaskan Android 11

Realme UI 2.0 Kini Rasmi – Dibina Berasaskan Android 11

Diterbitkan pada Sep 23, 2020 oleh .

Realme UI adalah sistem operasi tersendiri daripada Realme untuk peranti-peranti mereka. Ia dibina berasaskan Android dan sebenarnya adalah penjenamaan semula dari sistem operasi milik Oppo – Color OS. Pada asalnya, sistem operasi ini sepatutnya mengambil inspirasi Android asli – tetapi ia tidak diteruskan dan kekal menggunakan Color OS sebagai asas.

Realme UI 2.0 sudah pun rasmi, seperti Color OS 11 – ia turut dibina berasaskan Android 11. Menurut Realme, sistem operasi baru mereka ini adalah lebih seronok digunakan dengan pelbagai ciri dan fungsi baru, sekuriti yang lebih baik, prestasi yang lebih hebat serta pilihan kustomasi yang lebih banyak. Realme turut memfokuskan kepada penggunaan kreatif, sosial serta produktiviti.

Berikut adalah ciri dan fungsi yang hadir dalam Realme UI 2.0;

Lebih banyak kustomasi tema

  • Kini mempunyai 5 skema warna dengan pilihan 10 warna secara individu.
  • Always-On Display mempunyai lebih banyak pilihan, seperti rekaan corak sendiri, teks tersendiri dan banyak lagi rekaan disediakan.
  • Tiga pilihan mod gelap, seperti hitam OLED, kelabu gelap dan kelabu.
  • Pengguna kini boleh memasang ikon dari pihak ketiga dan juga menukar font mengikut citarasa tersendiri.
  • Sokongan pelancar pihak ketiga yang lebih baik.

Sistem privasi dan sekuriti lebih baik

  • Invisible Door, menghantar data kosong jika ada aplikasi cuba mengakses data/storan tanpa izin.
  • Private Safe, peti simpanan rahsia aplikasi untuk akses tersendiri agar orang lain tidak boleh akses dengan mudah.
  • Security Shield, sistem sekuriti yang tersedia dari Android 11 kini dimasukkan terus.

Produktiviti dan multi-tugasan yang lebih efisien

Sistem adalah 32% lebih lancar dan mempunyai kestabilan kadar bingkai 17% lebih stabil.

  • Kini mempunyai sokongan tetingkap terapung.
  • Talam notifikasi Android 11 yang memfokuskan kepada perbualan.
  • Output feature, yang membenarkan pengguna memilih output mana untuk media diaminkan.
  • Kemaskini Digital Wellbeing setaraf Android 11 (Android asli)
  • Sleep Capsule diperkenalkan, iaitu pemantauan tidur dan kitaran tidur serta membantu pengguna tidur dengan lebih nyenyak.

Tidak dinafikan kebanyakannya adalah sama sahaja dengan Color OS 11 dari Oppo. Tetapi Realme dilihat menekankan kepada ciri dan fungsi yang mungkin lebih ramai pengguna akan gunakan.

Kemaskini Realme UI 2.0 ini akan hadir secara berperingkat. Pengguna Realme X50 Pro akan menerimanya terlebih dahulu dalam bentuk beta pada 24 September ini. Beta terbuka pada hujung Oktober dan versi stabil pada hujung November.



TIPS & ULASAN