Cari @ Amanz

OnePlus sedia terkenal dengan sistem pengecasan yang cukup pantas, yang mana cukup stabil serta tanpa masalah pemanasan. Sejak Dash Charge (20W) diperkenalkan, OnePlus kerap mengitar semula sistem pengecasan ini sehinggakan pesaing sudah ada sistem yang lebih pantas – OnePlus baru sahaja memperkenalkan Warp Charge dengan kuasa 30W.

Baru-baru ini ada ura-ura yang OnePlus bakal hadir dengan sistem pengecasan yang lebih pantas, iaitu 65W. Ia turut dikhabarkan masih menggunakan nama 65W. Mengenali OnePlus, sejak Dash Charge lagi mereka berkongsi teknologi dengan Oppo. Dengan Oppo yang sudah ada sistem pengecasan 65W, tidak terkejut pun yang OnePlus menggunakan sistem pengecasan pantas yang sama kuasanya.

Cuma agak menarik, akhirnya peranti OnePlus akan bersaing dengan banyak peranti lagi. Sama-sama kita nantikan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd