MWC 2021 Ditangguhkan Selama 4 Bulan – Akan Berlangsung Pada Penghujung Jun

MWC 2021 Ditangguhkan Selama 4 Bulan – Akan Berlangsung Pada Penghujung Jun

Diterbitkan pada Sep 23, 2020 oleh .

MWC atau turut dikenali sebagai Mobile World Congress merupakan acara tahunan memfokuskan peranti mudah-alih – dan sering memperlihatkan pelbagai peranti baru dilancarkan pengeluar seluruh dunia. Apa pun, acara berkenaan kini ditangguhkan selama 4 bulan.

Sering diadakan pada penghujung Februari, kini acara MWC 2021 akan berlangsung di Barcelona pada 28 Jun sehingga 1 Julai 2021 kelak.

Penangguhan ini adalah disebabkan oleh kesan daripada penularan wabak Covid-19 dan juga langkah proaktif yang diambil oleh pelbagai pihak seluruh dunia.

Apa pun, dengan penangguhan ini acara ini, ia sekaligus akan mengubah jadual pengenalan peranti oleh pelbagai jenama seluruh dunia. Ia tidak diketahui sama ada acara MWC ini akan meriah seperti sebelumnya atau tidak, memandangkan pelbagai pengeluar akan memperkenalkan peranti pada suku pertama tahunan.

Sama-sama kita nantikan awal 2021 kelak untuk melihat sama ada pengeluar peranti menantikan acara tahunan MWC ini, atau mengambil langkah untuk memperkenalkan penawaran masing-masing lebih awal.



TIPS & ULASAN