Pesakit kencing manis jenis dua pada waktu ini memerlukan satu atau dua suntikan sehari bagi mengawal tahap gula dalam darah. Kelak pesakit kencing manis jenis jenis dua hanya memerlukan satu suntikan insulin sahaja setiap minggu.
Ujian rawatan insulin icodec telah dilakukan oleh Novo Nordisk dan telahpun melepasi ujian tahpa pertama. Insulin yang dihasilkan mempunyai separuh hayat selama tujuh hari. Ia turut direka untuk mengikat kepada albumin pada hati bagi untuk merembeskan insulin secara perlahan-lahan ke dalam tubuh selama seminggu.

Dengan rawatan insulin icodec, pesakit jenis dua hampir mempunyai kehidupan seakan individu normal. Ia juga akan menyelesaikan isu warga emas yang terlupa untuk menyuntik diri sendiri yang boleh membahayakan kesihatan.
Setakat ini ujian jenis dua yang melibatkan 247 peserta memberikan keputusan yang memberangsangkan. Pesakit yang menerima insulin incodec didapati tidak menunjukkan sebarang kesan negatif sepanjang tempoh 26 minggu ujian dilakukan. Langkah seterusnya ialah melakukan ujian fasa ketiga dengan jumlah peserta yang lebih besar pada penghujung tahun ini.