Microsoft Dijangka Menawarkan Office 2022 Dengan Lesen Pembelian Sekali Sahaja

Diterbitkan pada Sep 24, 2020. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Microsoft sebelum ini menawarkan perisian pejabat mereka dengan keperluan membeli lesen hanya sekali sahaja, dan menggunakannya selamanya. Namun, dengan ramai beralih ke kaedah langganan, Microsoft turut beralih dengan memfokuskan kepada penawaran Office 365 dengan langganan bulanan.

Penawaran berkenaan, walaupun digunakan ramai, tetapi ada yang tidak begitu mengemarinya. Terutamanya yang ingin melakukan tugasan pada komputer tanpa sambungan internet, atau keperluan kemaskini versi terbaru setiap masa.

Untuk tujuan berkenaan, Microsoft kini mengesahkan bakal menawarkan perisian Office dengan lesen pembelian sekali sahaja pada pertengahan pertama 2021 kelak. Office versi ini akan ditawarkan untuk Windows dan Mac.

Versi terakhir penawaran berkenaan adalah pada tahun 2018, melalui Office 2019.

Buat masa ini, Microsoft masih belum mengesahkan nama dan ciri yang akan disertakannya. Mengikut spekulasi awal, ia dijangka dinamakan sebagai Office 2022.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami