Twitter Menguji Ciri Permesejan Suara Melalui DM

Twitter Menguji Ciri Permesejan Suara Melalui DM

Diterbitkan pada Sep 24, 2020 oleh .

Twitter merupakan salah satu perkhidmatan yang popular dengan penawaran kemudahan untuk menghantar teks ringkas untuk tujuan perkongsian, atau berinteraksi secara peribadi melalui DM (Direct Message).

Selepas menawarkan kemudahan untuk berkongsi teks, gambar dan video, terbaru Twitter dilihat sedang menguji ciri untuk menghantar permesejan suara melalui DM.

Melalui ciri ini, pengguna akan diberikan kemudahan untuk menghantar mesej bersuara selama 20 saat melalui DM. Ini akan memudahkan lagi pengguna untuk berkongsi sesuatu pendapat atau menghantar mesej berbanding penghantaran teks biasa.

Sebelum ini, Twitter turut telah menawarkan ciri Tweet Bersuara, tetapi terhad kepada sejumlah pengguna menggunakan platform iOS sahaja.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Twitter akan memperkenalkan ciri penghantaran mesej bersuara melalui DM ini secara meluas kepada semua.



TIPS & ULASAN