Carian
Apple Dijangka Menyertakan Panel Mini-LED Pada iPad Pro Akan Datang
September 24, 2020 Aman

Dengan perkembangan dalam arena peranti mudah-alih, kini pelbagai pengeluar dijangka menggunakan kualiti paparan lebih baik dari tahun ke tahun. Bercakap mengenainya, beberapa pengeluar telah diperkatakan sedang melihat kepada penawaran panel berasaskan mini-LED.

Mini-LED menawarkan kecerahan dan kontras lebih kurang seumpama panel OLED, tetapi menawarkan sokongan yang lebih baik untuk gambar resolusi tinggi serta kesan luminans lebih baik.

Apple turut akan menggunakan panel mini-LED pada produk keluaran mereka. Terbaru, mengikut penganalisa popular Ming-Chi Kuo, Apple dijangka emnggunakan panel mini-LED terlebih dahulu pada iPad Pro mereka akan datang.

Apple dijangka memperkenalkan sekitar enam produk berasaskan mini-LED sepanjang 2021 kelak. Menariknya, Apple diperkatakan bakal menggunakan mini-LED pada iPad Pro bersaiz 12.9-inci akan datang, dan berkemungkinan ia akan menjadi produk pertama Apple dengan panel berkenaan.

Komen