Google Maps Akan Memperlihatkan Penularan Wabak Covid-19

Google Maps Akan Memperlihatkan Penularan Wabak Covid-19

Diterbitkan pada Sep 24, 2020 oleh .

Google kini telah mengumumkan sebuah ciri baru pada Google Maps, yang mana mereka akan mula memaparkan penularan wabak Covid-19 pada peta mereka. Melaluinya, Google akan menghimpunkan data daripada beberapa sumber, dan menggunakan kod warna khas untuk memperlihatkan kadar taburan kes disesuatu kawasan.

Dengan langkah ini, pengguna boleh membuka Google Maps, dan melihat bagaimanakah keadaan disekitar anda berkaitan Covid-19 – sekaligus membolehkan pengguna lebih berhati-hati lagi.

Disamping itu, anda juga boleh melihat kawasan yang ingin dituju, dan merancang perjalanan mahupun percutian dengan lebih baik lagi.

Ciri ini sedang diperkenalkan secara berperingkat, dan akan mengambil masa beberapa hari sebelum ditawarkan kepada semua pengguna seluruh dunia.



TIPS & ULASAN