Realme 7 Berharga RM1299 Di Malaysia, Realme 7 Pro Berharga RM1499

Realme 7 Berharga RM1299 Di Malaysia, Realme 7 Pro Berharga RM1499

Diterbitkan pada Sep 24, 2020 oleh .

Realme Malaysia hari ini telah melancarkan siri telefon Realme 7 untuk pasaran Malaysia. Dua model ditawarkan dibawah siri Realme 7, iaitu Realme 7 dan juga Realme 7 Pro.

Realme 7 hadir dengan skrin 6.5-inci IPS LCD dengan kadar segar semula 90Hz, dijana cip Helio G95, memori 8GB RAM dan storan sehingga 128GB. Telefon ini turut dilengkapi bateri 5000mAh dengan pengecasan pantas 30W.

Realme 7 Pro pula hadir dengan skrin 6.4-inci Super AMOLED FHD+, dijana cip Snapdragon 720G, memori 8GB RAM dan storan sehingga 128GB. Melengkapkan ia juga adalah bateri berkapasiti 4500mAh dengan pengecasan pantas 65W.

Kedua-dua peranti ini hadir dengan kamera utama 64-megapixel dibelakang.

Di Malaysia, Realme 7 ditawarkan pada harga RM1299, sementara Realme 7 Pro pula ditawarkan pada harga RM1499. Realme menawarkan hadiah percuma untuk pra-tempahan kedua-dua peranti ini.



TIPS & ULASAN