Carian
Vivo V20 SE Kini Rasmi – Dijana Snapdragon 665, AMOLED, 48MP Dan Berharga RM1,199
September 24, 2020 Fahim Zahar

Vivo baru-baru ini telah memperkenalkan siri Vivo V20, yang mana mempunyai model V20, V20 Pro dan V20 SE. Terkini, peranti ini telah rasmi di Malaysia. Vivo V20 SE memfokuskan kepada penggunaan kamera dan gaya hidup.

Skrin yang digunakan adalah 6.44-inci FHD+ AMOLED, ia dijana dengan Snapdragon 665 dan dipadankan dengan memori 8/128 GB. Untuk kamera, ia menggunakan lensa tri-kamera 48MP + 8MP + 2MP (utama+sudut ultra lebar+bokeh) serta kamera swafoto 32MP. Melalui model ini, Vivo turut memperkenalkan kebolehan perisian seperti kemampuan mod malam baharu, potret pelbagai gaya, dan banyak lagi.

Untuk bateri, ia menggunakan bateri 4100mAh dan sokongan pengecasan pantas 33W Flash Charge. Peranti ini turut mempunyai NFC bagi memudahkan tambatan aksesori atau pembayaran nirtunai. Rekaan Vivo V20 SE ini juga menggunakan rekaan nipis dan ergonomik yang didakwa mempunyai cengkaman baik di tangan pengguna.

Harga jualan di Malaysia adalah RM1,199 dengan pilihan warna Gravity Black atau Oxygen Blue. Ia boleh dibeli pada hari ini, iaitu 24 September dan sehingga 2 Oktober akan ada hadiah percuma bernilai RM199 diberikan.

Komen