Huawei Merancang Untuk Menawarkan HMS Dan HarmonyOS Kepada Pengeluar Lain

Huawei Merancang Untuk Menawarkan HMS Dan HarmonyOS Kepada Pengeluar Lain

Diterbitkan pada Sep 24, 2020 oleh .

Huawei sedia mengumumkan bakal menawarkan HarmonyOS untuk telefon pintar tidak lama lagi. Selain daripada itu, ekosistem HMS kini menduduki tangga ketiga dari segi angka pengguna – dibelakang Google Play dan juga Apple AppStore.

Terkini, pihak Huawei turut mengatakan mereka merancang membuka penawaran ekosistem HMS dan juga HarmonyOS kepada pengeluar peranti yang lain.

Ini sekaligus akan membolehkan pengeluar lain turut menjalankan sistem operasi dari Huawei, disamping menggunakan ekosistem dibawah mereka. 

Desas-desus sebelum ini mengatakan beberapa pengeluar dari China mungkin menggunakan ekosistem Huawei ini – sekurang-kurangnya untuk pasaran China.

Huawei sendiri kini membuat pelaburan yang agak tinggi untuk ekosistem ini, dan telah pun menarik ramai pembangun aplikasi ke platform mereka – termasuk perbankan dan sebagainya.

Sama-sama kita nantikan sama ada HMS ini dapat mencabar dan mendahului sistem operasi lain di pasaran hari ini.



TIPS & ULASAN