Siri Mi 10T Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 6 Oktober

Siri Mi 10T Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 6 Oktober

Diterbitkan pada Sep 24, 2020 oleh .

Xiaomi Mi 10T adalah siri terbaru peranti Xiaomi. Ia adalah peranti mercu bagi Mi 10T dan Mi 10T Pro dan peranti kelas pertengahan bagi Mi 10T Lite. Antara spesifikasi yang tertiris adalah janaan cip Snapdragon 865, skrin 144Hz, kamera 108MP, bateri 5000mAh dan ada satu model dengan kamera 64MP.

Peranti ini akan dilancarkan secara global pada 30 September ini. Berita baik untuk pengguna Malaysia, Xiaomi Malaysia turut akan membawa masuk siri Mi 10T ke pasaran tempatan. Ia akan dilancarkan pada 6 Oktober ini. Harga jualan bagi peranti ini dikhabarkan adalah sekitar €499 (~RM2,414), dan €599 (RM2,897). Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi peranti ini untuk ketahui butiran yang lebih lanjut.



TIPS & ULASAN