Imej Pengolokan Rasmi Pixel 4a 5G Tertiris

Imej Pengolokan Rasmi Pixel 4a 5G Tertiris

Diterbitkan pada Sep 24, 2020 oleh .

Pixel 4a 5G adalah peranti kelas pertengahan terbaru dari Google yang akan dilancarkan pada 30 September ini. Ia akan menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 765G yang sama dengan Pixel 5. Kedua-dua peranti dikatakan akan mempunyai spesifikasi yang lebih kurang sama dengan beza pada saiz skrin, bateri dan bahan binaan sahaja.

Baru-baru ini imej pengolokan rasmi Pixel 4a 5G telah tertiris. Ia memperlihatkan rekaan belakang seakan Pixel 4 tetapi dengan pengimbas cap jari fizikal. Bahan binaan dilaporkan adalah plastik, iaitu polikarbonat yang mana adalah lebih murah berbanding Pixel 5 yang dikhabarkan adalah kaca. Pixel 4a 5G turut akan menyertakan port bicu audio 3.5mm, bateri 3,800mAh, pengecasan pantas 18W, memori 6GB RAM, kamera 16+12.2 MP, kamera swafoto 8MP, dan skrin OLED 6.2-inci 60Hz.

Pixel 5 akan menjadi peranti kelas pertengahan premium dengan sokongan pengecasan nirwayar, IP68, 90Hz dan harga jualan mahal. Pixel 4a 5G pula adalah alternatif yang lebih murah dan akhir sekali Pixel 4a akan dikira sebagai peranti mampu milik dari Google.



TIPS & ULASAN