Cari @ Amanz

Sebuah lagi peranti misteri terkini daripada Vivo dengan janaan pemproses MediaTek Helio P35 kini ditemui. Peranti tersebut muncul dengan kod model Vivo V2026, selain turut dilihat membawakan sokongan RAM sebesar 3GB.

Berdasarkan laporan memetik sumber, peranti dipercayai menggunakan paparan bertakuk kecil yang dilengkapi resolusi HD+. Ia juga dikhabarkan hadir dengan Android 10 terkini, selain baterinya menyokong pengecasan 10W. Peranti ini juga dipercayai berada dalam segmen kelas pertengahan dan dilaporkan teleh ditemui di pelbagai laman pensijilan termasuk Pensijilan Telekom Indonesia, Pensijilan EEC Rusia dan Pusat Pensijilan Kualiti China (CQC).

Terdapat desas-desus mengatakan ia berkemungkinan besar dikenali sebagai Vivo Y12s – pengganti kepada Vivo Y12 yang telah di lancarkan sebelum ini. Namun begitu, vivo masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dakwaan ini. Jadinya, adalah lebih baik sekiranya kita menganggap maklumat dikongsi ini masih di peringkat ura-ura.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd