Oppo Akan Melancarkan Televisyen Pintar Pertama Mereka Oktober Ini

Oppo Akan Melancarkan Televisyen Pintar Pertama Mereka Oktober Ini

Diterbitkan pada Sep 25, 2020 oleh .

Selepas mengesahkan perancangan menghasilkan televisyen pertama mereka pada Jun lalu, Oppo telahpun mengesahkan ia akan dilancarkan pada bulan Oktober. Adalah tidak mengejutkan jika ia kelak akan menggunakan sistem operasi Google TV (penjenamaan semula Adroid TV) setelah melihat apa yang telah dilakukan oleh OnePlus dan Realme yang juga di bawah payung BBK Electronics.

Terdapat ramalan dua model dengan saiz skrin 55″ dan 65″ akan dilancarkan. Seperti kesemua televisyen pintar di pasaran, televisyen Oppo boleh digunakan sebagai hab mengawal peranti berhubung yang digunakan di rumah.



TIPS & ULASAN