Internet Anda Bermasalah? – Kabel Bawah Laut AAG Menghadapi Kerosakkan

Internet Anda Bermasalah? – Kabel Bawah Laut AAG Menghadapi Kerosakkan

Diterbitkan pada Sep 25, 2020 oleh .

Telekom Malaysia kini mengumumkan yang mana konsortium yang memantau sambungan AAG (Asia-America Gateway) telah mendapati terdapat kerosakkan pada kabel yang menghubungkan Mersing ke Lantau di Hong Kong. Kerosakkan ini didapati telah dikenal pasti sejak 30 Ogos 2020 yang lepas.

Ia dikatakan langkah untuk memperbaikinya telah pun diambil, dan kerja baik-pulih dijangka selesai pada 5 Oktober 2020 kelak.

TM mengatakan mereka tidak melihat sebarang kesan terhadap sambungan dan kapasiti untuk pengguna buat masa ini. TM mengatakan mereka mempunyai kapasiti rangkaian yang mencukupi untuk sambungan ke Amerika Syarikat dan Asia Utara. Langkah ini berjaya dicapai dengan mengoptimasikan trafik rangkaian dan menggunakan sistem kabel yang lain seperti APCN-2 dan juga ASE. Langkah ini turut menjadikan impak terhadap pengguna sangat minima.



TIPS & ULASAN