Cari @ Amanz

Unifi sedang melakukan promosi yang menawarkan sebuah televisyen LED kepada pelanggan yang berpindah dari perkhidmatan Internet jalur lebar pesaing. Bagi menentang penawaran ini, Maxis Fibre telah mula memperkenalkan berkas baharu yang menawarkan televisyen pintar 4K keluaran Samsung pada harga serendah RM1 sebulan.

Berkas ini boleh digunakan pelanggan baru dan semasa pelan 800 Mbps, 500 Mbps, 300 Mbps, 100 Mbps dan 30 Mbps Maxis Fibre. Dua model televisyen pintar bersaiz 65″ dan 55″ diberikan bergantung kepada pelan yang dilanggan. Bayaran tambahan RM1 atau RM79 sahaja (bergantung kepada pakej) akan ditambah ke dalam pelan asas Internet yang dilanggan.

Menarik sekali kontrak langganan adalah hanya selama 24 bulan. Dengan kata lain sebuah televisyen pintar 4K Samsung boleh dimiliki pada harga serendah RM24 sahaja.

Ini ialah penawaran timbal yang amat menarik kerana televisyen LED yang ditawarkan oleh Unifi untuk menamatkan kontrak hanya sebuah televisyen biasa dari Sharp tanpa sebarang fungsi pintar. Bagi pelanggan yang berminat untuk terma dan syarat sila ke pautan di bawah.

Sumber Maxis Fibre menerusi LowYat.net

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd