Royole FlexPai 2 adalah peranti dengan skrin boleh lipat kedua dari Royole. Ia dijana dengan Snapderagon 865, dilengkapi skrin boleh-lipat sebesar 7.8″ FHD+ bernisbah 4:3, memori sehingga 12GB, storan sehingga 512GB dan bateri sebesar 4450 mAh dengan sokongan pengecaan 18W. Kamera pula adalah 64+12+8+32 megapixel.

Di China Royole FlexPai 2 5G dijual pada harga RMB 9988 (~RM 6086) untuk versi 8/256GB menakal versi 12/512GB dijual pada harga RMB 11588 (~RM 7061) dalam pilihan warnaCosmic Gray, Midnight Black damn Sunrise Gold. Terkini, melalui laman JD.com sebanyak 150,000 unit peranti ini telah ditempah. Tidak pasti sama ada ini penipuan atau tidak. Tetapi dengan harga jualan lebih murah dari Huawei Mate XS dan Galaxy Z Fold2, tidak terkejut jika ramai ingin memiliki sebuah peranti dengan skrin boleh lipat yang berkuasa.