Carian
BOE Menyasarkan Mereka Boleh Tewaskan OLED Samsung Menjelang 2024
September 25, 2020 Fahim Zahar

BOE adalah syarikat yang menghasilkan paparan skrin untuk banyak peranti, tidak kira telefon pintar atau juga televisyen. Huawei dan Lenovo adalah antara jenama yang menggunakan panel skrin BOE. BOE adalah seperti Samsung, menguji dan menambah baik teknologi skrin sedia ada. Tetapi sehingga hari ini, BOE masih tidak dapat menandingi panel OLED Samsung dari pelbagai aspek.

Terkini, laporan dari theelec menyatakan yang BOE menyasarkan akan dapat menandingi panel OLED Samsung menjelang tahun 2024. Teknologi OLED fleksibel BOE akan bernilai $49.7 bilion pada tahun 2024, kerana mereka jangkakan dalam masa tiga hingga lima tahun – panel OLED BOE akan menjadi pembekal kepada separuh dunia atau sekurang-kurangnya sepertiga dunia.

Bulan lepas menurut mereka, sebanyak 40 juta panel fleksibel OLED telah dihasilkan dan menyasarkan dapat terus menjadi pembekal kepada Huawei untuk 50 juta panel skrin telefon pintar pada tahun 2021 walaupun tahun ini ada masalah sedikit dengan isu Huawei.

Mereka sudah pun ditolak oleh Apple pada tahu ini kerana ketahanan skrin yang tidak bagus. Tetapi akan mencuba lagi tahun hadapan. Mereka juga menyasarkan sekurang-kurangnya dapat menghasilkan panel OLED untuk peranti refurbished iPhone 12.

Tidak hairan jika mereka yakin dapat menandingi Samsung pada tahun 2024. Ada kemungkinan tahun 2024 adalah tahun Samsung fokus kepada panel microLED.

Komen