LinkedIn Stories Diperkenalkan Secara Rasmi – Tampil Lebih Professional

LinkedIn Stories Diperkenalkan Secara Rasmi – Tampil Lebih Professional

Diterbitkan pada Sep 25, 2020 oleh .

Imbas kembali, LinkedIn sebelum ini pernah dilaporkan sedang menguji fungsi ‘stories’ pada platformnya. Dalam perkembangan terkini, ciri tersebut telah diumumkan secara rasmi kepada umum. Dikenali sebagai LinkedIn Stories, konsep yang digunakan adalah sama seperti sejumlah perkhidmatan sosial lain, termasuk popular di Instagram, Facebook, Snapchat dan WhatsApp. Namun, cara penyampaiannya dikatakan lebih professional.

Melaluinya, pengguna boleh berkongsi bermacam-macam perkembangan mengenai pekerjaan mereka dalam pelbagai bentuk hantaran menarik – termasuk foto, hiasan dengan teks dan GIF. Had maksimum panjang untuk sesebuah hantaran adalah 20 saat. Kemudiannya, pengguna boleh berkongsi ke profil untuk tatapan pengikut – bagaimanapun, pengguna masih boleh mengubah tetapan privasi untuk mengawal siapa yang boleh melihat hantaran mereka.

Sama seperti perkhimatan sosial yang lain, hantaran ini hanya akan ditayangkan selama 24 jam sahaja dan kemudiannya akan hilang. Buat masa ini, ia diperkenalkan di Amerika Syarikat, Kanada, Australia, Brazil dan Netherlands. Menurut LinkedIn, ciri ini akan diperkenalkan dengan lebih meluas pada masa akan datang.

Dalam pada itu, LinkedIn juga memperkenalkan sejumlah kemas kini baru lain seperti ciri carian yang dipertingkatkan, keupayaan reaksi mesej dengan emoji, keupayaan membalas mesej secara pukal, kebolehan panggilan video dan sebagainya.



TIPS & ULASAN