ASUS TUF GeForce RTX 3090 Kini Di Pasaran Tempatan Pada Harga RM7208

ASUS TUF GeForce RTX 3090 Kini Di Pasaran Tempatan Pada Harga RM7208

Diterbitkan pada Sep 25, 2020 oleh .

Sebelum ini. ASUS Malaysia telah memperkenalkan kad grafik ASUS TUF Gaming GeForce RTX 3080 mereka untuk pasaran tempatan yang dijual pada harga RM3360.

Jika anda seorang bangsawan PC dengan dompet yang tidak pernah kekurangan wang, ASUS Malaysia mengumumkan bahawa anda boleh mula membeli kad grafik ASUS TUF Gaming GeForce RTX 3090 hari ini.

Seperti yang diumumkan oleh NVIDIA, spesifikasi dalaman kad grafik ini termasuklah 10,496 teras CUDA dan 24GB memori GDDR6X. Dari segi palam I/O, ia dilengkapi dua palam HDMI 2.1 dan tiga palam DisplayPort 1.4a.

Sistem penyejukan GPU pada kad grafik ini adalah yang sama digunakan pada kad grafik ASUS TUF Gaming RTX 3080. Ia menggunakan tiga bilah kipas untuk mengalirkan haba daripada bongkah penyejukan yang disambungkan kepada komponen-komponen didalamnya.

Kuasa pemprosesan grafik ASUS TUF Gaming GeForce RTX 3090 ini dikatakan mampu bukan sahaja menggerakkan permainan-permainan moden pada resolusi 4K, malah 8K juga menggunakan teknologi seperti Deep Learning Super Sampling 2.0 terbaru keluaran NVIDIA yang menaiktarafkan grafik beresolusi rendah ke resolusi yang lebih tinggi.

ASUS Malaysia mengatakan bahawa kad grafik ini sudahpun memasuki pasaran tempatan, dan boleh dibeli di kedai-kedai komputer fizikal dan atas talian pada harga RM7208.



TIPS & ULASAN