Bulan Julai lalu, telah tertiris beberapa imej yang didakwa adalah kabel untuk iPhone 12. Kabel ini dilihat menggunakan rekaan bersulam tahan lasak dan adalah jenis USB-C ke Lightning. Ini adalah kali pertama mereka akan sertakan kabel seperti ini bersama-sama dengan iPhone, jika benar dakwaan ini.
Hanya pada iPhone 11 Pro dan 11 Pro Max sahaja ada kabel C-Lightning, tetapi itu pun adalah jenis biasa sahaja. Jenis bersulam tahan lasak ini mula diperkenalkan pada Mac Pro yang berwarna hitam, iaitu C-C dan dijual secara berasingan pada harga RM649. Terkini, sekali lagi imej kabel ini tertiris dan di dakwa adalah kabel untuk iPhone 12 akan datang.
Harapnya ini benar, kerana akhirnya ada kabel bersulam tahan lasak dari Apple. Bagi yang tidak mempercayai jenama luar, walaupun ada pensijilan MFI – ini adalah untuk anda.