Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia kini mengatakan mereka telah mengeluarkan surat amaran akhir kepada pihak Telekom Malaysia berhubung dengan isu perubahan kelajuan muat-naik pakej Unifi 500Mbps baru-baru ini.
Sebelum ini, TM telah didapati menggunakan kadar muat-turun yang berbeza pada bahan promosi seperti risalah dan di web – berbanding kadar muat-turun sebenar untuk pakej 500Mbps adalah 100Mbps dan bukannya 200Mbps.
SKMM mengatakan Telekom Malaysia mestilah pada sepanjang masa mengamalkan cara perniagaan beretika dengan menggunakan bahan iklan dan promosi yang tepat.
Pada masa yang sama, SKMM turut mengatakan Telekom Malaysia perlu memastikan pelanggan menikmati kualiti perkhidmatan seperti yang terdapat dalam pakej yang dilanggan. Pada masa yang sama, TM turut perlu memaklumkan pelanggan tentang isu yang menyebabkan pengalaman penggunaan perkhidmatan pelanggan terganggu.
SKMM turut mengatakan mereka akan memastikan hak pelanggan yang terjejas oleh kekeliruan akan ditangani secara adil oleh Telekom Malaysia. Masalah kelemahan kawalan dalaman di TM turut dipandang serius oleh pihak SKMM.