Cari @ Amanz

CFM (Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia) kini mengatakan yang mana tiga daripada lima rakyat Malaysia tidak menerima kelajuan internet seperti yang dijanjikan oleh syarikat telekomunikasi mereka.

CFM menerima data ini berdasarkan kepada bancian yang telah dijalankan mereka beberapa bulan lepas. CFM sebelum ini telah menjalankan bancian ketika PKP, memandangkan ketika itu ramai bekerja dari rumah dan talian internet memainkan peranan yang sangat penting untuk kekal berhubung.

Antara aduan utama pengguna syarikat telekomunikasi adalah termasuk berkaitan kualiti liputan rangkaian di dalam rumah, dan juga tiada sebarang penambah-baikkan ketara selepas membuat aduan.

CFM turut menekankan masalah ini sepatutnya tidak berlaku kerana syarikat telekomunikasi telah menjanjikan pakej mereka, dan perlu menawarkan apa yang telah dijanjikan kepada pelanggan.

CFM kini dalam proses untuk memindah dan memperkukuh kod industri bersama-sama dengan pihak SKMM, sekaligus memastikan hak pengguna lebih dilindungi. Antara perkara yang diberikan perhatian adalah termasuk terma dan syarat kontrak perkhidmatan, dan juga pemberian ringkasan maklumat perkhidmatan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd