Cari @ Amanz

Shopback Menjadi Mangsa Godaman – Nama Dan Nombor Akaun Bank Pengguna Mungkin Tertiris

Oleh Aman

Link Copied!

Shopback, salah satu perkhidmatan yang menawarkan pulangan tunai untuk pembelian, kini memaklumkan pengguna yang mana sistem mereka telah diakses oleh pihak ketiga. Shopback telah mula memaklumkan pengguna mereka berkenaan dengan insiden ini hari ini.

Shopback mengatakan mereka mendapati sistem mereka yang menyimpan maklumat peribadi pengguna telah diakses oleh pihak tidak dikenali. Selari dengannya, Shopback telah membuang akses berkenaan, selain turut telah mengambil langkah dalam menambah-baik sistem mereka. Pada masa yang sama, Shopback turut mengatakan mereka telah memaklumkan pihak berkuasa berkenaan dengan insiden ini.

Buat masa ini, Shopback masih dalam proses mengesahkan data yang telah diakses atau tertiris. Shopback mengatakan mereka tiada sebab untuk percaya data pengguna telah disalahguna – tetapi terdapat kemungkinan untuknya. Apa pun, Shopback mengatakan pulangan tunai pengguna kekal selamat, termasuk kata laluan mereka.

Shopback mengatakan, antara data pengguna yang dipegang mereka adalah nama, informasi untuk dihubungi, jantina, tarikh lahir dan juga nombor akaun bank (untuk mereka yang menggunakan akaun bank untuk pengeluaran wang pulangan tunai).

Shopback turut memintak pengguna untuk mengubah kata laluan anda, membuat laporan berkaitan emel yang mencurigakan, dan pada masa yang sama berhati-hati untuk tidak menjadi mangsa phishing.


Komen ()