Cari @ Amanz

Sennheiser ialah jenama yang terkenal dengan kualiti audio yang tinggi dengan harga jualan yang juga lebih tinggi. Dengan statusnya sebagai pengeluar fon kepala pertama dengan rekaan open-back, mereka kini menghasilkan pula fon kepala untuk peminat audio berkualiti tinggi pada harga yang mampu milik.

Sennheiser HD 560S

Sennheiser HD 560S dilengkapi dua pemandu audio yang direka untuk memberikan pengalaman seakan mendengar dari dua speaker besar. Dengan rekaan open-back, audio yang didengari akan terasa lebih semula jadi tanpa pemampatan. HD 560S hanya hadir dengan sokongan berwayar sahaja sepanjang 3 meter dengan kepala output 6.3mm tetapi penyesuai ke 3.5mm diberikan.

Bahagian penutup telinganya pula diperbuat daripada bahan velor bagi memastikan keselesaan pemakai. Sepasang Sennheiser HD 560S dijual pada harga $200 (~RM833) sahaja dan adalah jauh lebih murah berbanding HD 600 yang dijual pada harga $400 (~RM1667) atau HD 800 S yang mencecah RM10,000.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd