Kita sedia melihat sejumlah filem sains fiksyen yang menggunakan latar angkasa lepas. Namun, ia sekadar menggunakan rakaman studio dan kesan khas untuk menjayakannya. Bergerak kehadapan, kini Russia dalam perlumbaan untuk menjadi negara pertama yang merakamkan filem di angkasa lepas.
Melalui pengumuman yang dilakukan, filem pertama di angkasa yang akan dirakamkan diberikan judul “Vyzov”, yang mana plotnya akan menyertakan penerbangan ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) yang dijadualkan pada 2021 kelak.
Buat masa ini, ia diperkatakan perbincangan sedang dilakukan berkaitan dengn senario rakaman, keupayaan teknikal dan juga proses rakaman.
Filem ini dijangka akan mempopularkan aktiviti angkasa yang dilakukan Russia, selain turut menarik lebih ramai meminati arena sains angkasa.
Selain Russia, sebelum ini pihak NASA turut telah mengatakan sedang bekerjasama dengan Tom Cruise untuk merakamkan filem di Stesen Angkasa.