Nokia 2.4 Bakal Dilancarkan Di Malaysia Tidak Lama Lagi

Nokia 2.4 Bakal Dilancarkan Di Malaysia Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Sep 26, 2020 oleh .

Nokia 2.4 merupakan telefon pintar yang baru sahaja diumumkan oleh HMD Global pada bulan ini, dan menariknya kini pengedar peranti Nokia untuk pasaran Malaysia telah mengumumkan bakal membawa masuk ia tidak lama lagi.

Macpie Distribution mengatakan Nokia 2.4 bakal dilancarkan tidak lama lagi. Ia dikatakan bakal dilancarkan dalam masa terdekat, namun masih tiada sebarang tarikh yang diberikan.

Nokia 2.4 hadir dengan skrin 6.5-inci HD+, menggunakan cip MediaTek Helio P22, memori sehingga 3GB RAM, dan storan sehingga 64GB. Ia turut dilengkapi bateri bersaiz 4500mAh.

Untuk rakaman gambar, Nokia 2.4 dilengkapi kamera belakang gabungan 13MP + 2MP, selain kamera swafoto 5-megapixel.

Sama-sama kita nantikan berita lanjut berkaitan pelancaran Nokia 2.4 untuk pasaran Malaysia tidak lama lagi.



TIPS & ULASAN