Facebook Meminta Apple Untuk Membuka Kemudahan Bagi Pengguna Mengubah Aplikasi Permesejan Utama

Facebook Meminta Apple Untuk Membuka Kemudahan Bagi Pengguna Mengubah Aplikasi Permesejan Utama

Diterbitkan pada Sep 27, 2020 oleh .

Melalui iOS14, Apple telah membenarkan pengguna untuk mengubah pelayar web dan klien emel utama pada iPhone dan iPad masing-masing. Dengan langkah ini, semestinya pengguna inginkan lebih kebebasan untuk menetapkan aplikasi lain untuk tujuan-tujuan yang lain.

Terbaru, Facebook menyerang Apple sekali lagi, dan mengatakan Apple perlu membuka peluang kepada pengguna untuk memilih aplikasi permesejan berbeza pada telefon mereka.

Facebook Messenger Instagram

Facebook turut mengatakan mereka telah meminta Apple selama bertahun-tahun untuk mempertimbangkan ciri mengubah aplikasi utama.

Untuk makluman, Google melalui Android sedia menawarkan ciri berkenaan. Berbeza untuk Apple pula, sokongan permesejan menjadi salah satu sebab utama untuk pengguna membeli peranti berkenaan dan menggunakannya.

Facebook turut mengatakan persaingan adalah kurang adil untuk pembangun aplikasi permesejan lain bersaing dalam ekosistem iOS.

Buat masa ini, Facebook mempunyai lebih 1 bilion pengguna aktif sebulan yang menggunakan perkhidmatan permesejan berkenaan, sementara WhatsApp mempunyai lebih 2 bilion pengguna aktif. Dan Facebook kini dalam usaha menyatukan semua aplikasi permesejan mereka menjadi satu – sekaligus memudahkan lagi proses komunikasi antara platform.



TIPS & ULASAN