Carian
Purata Harga Jualan Telefon Pintar Global Meningkat 10% Pada Suku Kedua 2020
September 28, 2020 Aman

Counter Point Research sering hadir dengan kajian berkaitan pasaran meliputi pelbagai perkara. Terbaru, mereka telah menerbitkan data berkaitan purata harga jualan untuk telefon pintar di pasaran borong pada suku kedua 2020.

Melaluinya, ia memperlihatkan purata harga jualan di pasaran borong meningkat sebanyak 10%. Di rantau Asia Pasifik, angka berkenaan adalah sekitar 11%.

Ia diperkatakan Perintah Kawalan Pergerakan membuatkan lebih ramai yang membeli peranti mercu atau berspesifikasi pertengahan dan ke atas. Peranti berspesifikasi rendah dan berharga rendah biasanya dibeli di kedai fizikal – dan PKP telah membuatkan kedai tertutup, sekaligus mengurangkan jualan peranti berharga rendah. Pada masa yang sama, pengguna berpendapatan rendah juga mengelak berbelanja disebabkan oleh ketidak-tentuan ekonomi.

Disamping itu, harga peranti baru dengan sokongan 5G juga adalah sedikit mahal – sekaligus menyumbang kepada peningkatan harga jualan telefon pintar pada suku kedua 2020 ini.

Dari segi pendapatan yang dijana, Apple memegang pecahan paling besar dengan 34% daripada pendapatan jualan telefon pintar pada suku kedua 2020, diikuti oleh Huawei sebanyak 20% dan Samsung sebanyak 17%.

Komen