Hakim Menghalang Arahan Pengharaman Muat-Turun TikTok Oleh Pentadbiran Trump

Hakim Menghalang Arahan Pengharaman Muat-Turun TikTok Oleh Pentadbiran Trump

Diterbitkan pada Sep 28, 2020 oleh .

Beberapa hari yang lepas, kita telah melihat hakim menghalang arahan pengharaman WeChat melalui kedai aplikasi – sekaligus memudahkan pengguna untuk terus memuat-turun dan menggunakan WeChat.

Kini, selain untuk WeChat, hakim juga telah membenarkan injunksi sementara yang membolehkan aplikasi TikTok terus ditawarkan melalui kedai aplikasi di Amerika Syarikat.

TikTok Amanz

Sebelum ini, pada bulan Ogos lepas, Trump telah mengatakan TikTok dan WeChat membawa kepada bahaya dan ketirisan sekuriti negara, sekaligus mengumumkan aplikasi berkenaan akan diharamkan di kedai aplikasi Amerika Syarikat. 

Pentadbiran Trump sebelum ini telah mengatakan akan mengharamkan aplikasi TikTok pada 27 September 2020, melainkan membuka syarikat di Amerika Syarikat. Selari dengannya, TikTok telah mengumumkan TikTok Global dengan kerjasama pihak Oracle dan Walmart. Namun, pihak Bytedance turut mempunyai pegangan majoriti pada syarikat berkenaan – yang mana tidak begitu digemari pentadbiran Trump.

Peguam pihak TikTok turut memberikan hujah yang mana pemngharaman aplikasi berkenaan tidak menghormati pengguna, penghasil kandungan, dan pada masa yang sama memberikan kesan reputasi terhadap TikTok dan pengiklan.

Dengan injunksi sementara ini, aplikasi TikTok akan dapat terus dimuat-turun melalui kedai aplikasi di Amerika Syarikat buat masa ini.



TIPS & ULASAN