Carian
NASA Akan Menghantar Sistem Tandas Bernilai $23 Juta Ke Stesen Angkasa Antarabangsa
September 28, 2020 Nazrin

NASA dilaporkan bakal menghantar sistem tandas baru yang bernilai $23 juta (~RM92 juta) ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) tidak lama lagi. Sistem tandas tersebut akan diuji oleh angkasawan di ISS sebelum ia digunakan untuk misi ke bulan dan planet Marikh.

Sistem tandas ini dinamakan Universal Waste Management System (UWMS) dan ia dilaporkan mempunyai saiz 65 peratus lebih kecil dan 40 peratus lebih ringan berbanding dengan sistem tandas yang digunakan di ISS.

Sistem tandas ini dikatakan lebih cekap kerana ia boleh menampung jauh lebih banyak sisa buangan manusia berbanding dengan model sebelum ini. ahli-ahli angkasawan di ISS akan menguji sistem tandas ini selama kira-kira tiga tahun sebelum ia digunakan untuk tugasan eksplorasi angkasa lepas akan datang.

Sistem tandas ini akan dihantar melalui kapal kargo bekalan Northrop Grumman pada 29 September kelak dan akan dipasang di Node 3 ISS, bersebelahan dengan sistem tandas sebelum ini.

Komen