Cari @ Amanz

Sebuah lagi aplikasi telah dilancarkan kerajaan iaitu MyUBAT dengan fungsi memudahkan proses mendapatkan ubat-ubatan dari hospital kerajaan. Pesakit menggunakan MyUBAT untuk memesan ubat tanpa perlu ke kaunter farmasi hospital. Ia kemudiannya akan dihantar terus ke rumah menggunakan perkhidmatan pos dengan setiap lokasi boleh dijejak lokasinya terus dari dalam aplikasi.

Selain itu pesakit juga boleh melakukan temu janji ke farmasi kerajaan berhampiran. Pengesahan tarikh temu janji dan lokasi juga akan tertera dalam aplikasi. Walau bagaimanapun penghantaran ubat-ubatan pada waktu ini terhad kepada dalam bentuk tablet dan kapsul sahaja. Ubat yang memerlukan simpanan peti sejuk, dalam bentuk cecair dan jenis psikotropik masih memerlukan pesakit mengambilnya sendiri di kaunter farmasi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd