Ini Ialah Nama Rasmi Empat Model iPhone 12 Yang Akan Dilancarkan Nanti

Ini Ialah Nama Rasmi Empat Model iPhone 12 Yang Akan Dilancarkan Nanti

Diterbitkan pada Sep 28, 2020 oleh .

Tahun ini Apple akan melakukan sesuatu yang unik dengan melancarkan empat model baharu iPhone 12. Selama ini nama “iPhone 12” ialah nama tidak rasmi yang kami gunakan kerana secara logiknya selepas iPhone 11 ialah iPhone 12. Tetapi pagi ini beberapa pelekat untuk kerangka rasmi dari akaun @Duanrui mengesahkan empat nama rasmi model yang akan dilancarkan kelak.

Nama rasmi model yang digunakan ialah iPhone 12 Mini, iPhone 12, iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max. iPhone 12 Mini ialah model paling asas dengan skrin 5.4″ dan dikhabarkan hanya menyokong rangkaian 4G. iPhone 12 dan iPhone 12 Pro pula kedua-duanya dilengkapi skrin 6.1″ dan akhir sekali iPhone 12 Pro max dengan skrin 6.7″.

iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max kedua-duanya adalah model paling mercu dengan kamera utama dilengkapi sensor LiDAR buat pertama kali seperti yang ditemui pada iPad Pro baharu. Kesemua iPhone 12 dijangka akan dilancarkan pada bulan Oktober ini.



TIPS & ULASAN