FarmVille Akan Ditamatkan Pada 31 Disember 2020

FarmVille Akan Ditamatkan Pada 31 Disember 2020

Diterbitkan pada Sep 29, 2020 oleh .

Zynga merupakan salah satu penerbit permainan popular yang mempunyai sejumlah penawaran menarik melalui laman sosial Facebook. Salah satu permainan popular beberapa tahun dahulu daripada penerbit berkenaan adalah FarmVille.

FarmVille sebelum ini telah menjadi salah satu permainan yang sangat popular di Facebook untuk beberapa tahun. Ia dimainkan pelbagai lapisan pengguna, tanpa mengira jantina dan umur.

Apa pun, kini Zynga telah mengumumkan mereka akan menamatkan permainan FarmVille pada 31 Disember 2020. Permainan berusia 11 tahun berkenaan ditamatkan salah satu sebabnya adalah kerana penamatan sokongan Adobe Flash.

Bagi anda yang berminat, anda masih boleh memainkan FarmVille ini sehingga 31 Disember 2020 sebelum ia ditamatkan sepenuhnya.



TIPS & ULASAN