Google Ingin Memudahkan Anda Menggunakan Kedai Aplikasi Lain Melalui Android 12

Google Ingin Memudahkan Anda Menggunakan Kedai Aplikasi Lain Melalui Android 12

Diterbitkan pada Sep 29, 2020 oleh .

Melalui sistem operasi Android, ia direka sebagai sistem operasi terbuka, sekaligus memberikan pengguna lebih pilihan untuk memilih aplikasi yang diminati, serta melakukan tetapan berdasarkan minat seseorang.

Selari dengannya, kini Google mengumumkan mereka akan memudahkan pengguna untuk memasang kedai aplikasi lain pada peranti mereka melalui Android 12 kelak.

Google mengatakan, selain memudahkan pengguna menggunakan kedai aplikasi alternatif lain, mereka turut ingin memastikan keselamatan peranti tidak terkesan.

Pada hari ini sendiri, terdapat beberapa peranti yang hadir dengan dua kedai aplikasi – dan langkah Google ini akan membuatkan pengguna lebih yakin menggunakan kedai aplikasi lain tanpa risau akan berkenaan sekuriti dan sebagainya.

Google dijangka berkongsi lanjut berkaitan langkah ini melalui Android 12 dalam masa terdekat kelak.



TIPS & ULASAN