OnePlus Mengacah Kehadiran Produk Baru, Pengenalan Dijangka Tidak Lama Lagi

OnePlus Mengacah Kehadiran Produk Baru, Pengenalan Dijangka Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Sep 29, 2020 oleh .

Satu demi satu peranti baharu telah diperkenalkan dalam tempoh terdekat ini. Kami turut menjangkakan kita bakal melihat lebih banyak lagi peranti yang akan diumumkan di kemudian hari. OnePlus turut dilihat mempunyai perancangan untuk pengenalan produk baharu selepas dilihat mula mengacah orang ramai dengan sebuah entri di laman instagram OnePlus Nord.

Tiada sebarang butiran lanjut yang dikongsi. Sebaliknya, OnePlus hanya memuat sebuah imej yang memperlihatkan logo OnePlus berwarna hitam bersama latar belakang putih. Entri tersebut juga, hanya terdapat kapsyen yang bertulis “Coming Soon” – sekaligus memberi gambaran kepada kita semua bahawa ia mungkin akan diperkenalkan tidak lama lagi.

Rentetan perkongsian ini, ramai pihak menyasarkan OnePlus berkemungkinan dalam perancangan untuk pengenalan model OnePlus Nord yang seterusnya. Menguatkan lagi spekulasi apabila terdapat juga pendedahan sebelum ini yang mengatakan barisan OnePlus Nord tidak terdiri dengan satu model sahaja.

Ditambah lagi dengan maklumat tertiris sebelum ini yang mendakwa OnePlus bakal hadir dengan 5 peranti baharu termasuk peranti dengan kod nama OnePlus Nord N100 dan OnePlus Nord N105g.



TIPS & ULASAN