Samsung Galaxy Tab Active3 Dilancarkan – Sokong Exynos 9810, Tubuh Tahan Lasak Dan Ketahanan IP68

Samsung Galaxy Tab Active3 Dilancarkan – Sokong Exynos 9810, Tubuh Tahan Lasak Dan Ketahanan IP68

Diterbitkan pada Sep 29, 2020 oleh .

Samsung Galaxy Tab Active3 akhirnya diperkenalkan secara rasmi dengan tubuh tahan lasak yang diinspirasikan daripada pendahulunya iaitu Samsung Galaxy Tab Active2. Ia bukan sahaja tahan lasak, bahkan turut menyokong pelindungan kalis air IP68 untuk ketahanan lebih baik.

Untuk spesifikasi, Samsung Galaxy Tab Active3 hadir dengan paparan 8-inci WUXGA (1920 x 1200) PLS TFT LCD. Ia menggunakan cip pemproses Exynos 9810 dengan gabungan memori 4GB RAM dan storan dalaman sehingga 128GB. Ruangan ini turut boleh dikembangkan menerusi kad mikroSD dengan had maksimum sehingga 1TB.

Melengkapinya juga adalah kamera utama dengan konfigurasi 13-Megapixel dan kamera hadapan sebesar 5-Megapixel. Seterusnya, bateri yang digunakan adalah berkapasiti 5,050mAh yang boleh diganti, selain menyokong sambungan port USB-C. Tidak ketinggalan, ia turut didatangkan dengan sokongan S-Pen yang juga tahan air dan habuk.



TIPS & ULASAN