Oppo A93 Bakal Tiba Ke Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi

Oppo A93 Bakal Tiba Ke Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Sep 29, 2020 oleh .

Di Facebook Oppo Malaysia, Oppo telah mengacah kehadiran peranti baru – iaitu Oppo A93. Peranti ini adalah salah satu peranti yang mengelirukan dari mereka. Kerana ada banyak nama mengikut pasaran, yang mana mengikut strategi seakan Xiaomi melalui siri Redmi dan Poco mereka. Oppo A93 ini di pasaran luar adalah Oppo Reno4 F dan Oppo Reno4 Lite.

Peranti ini menggunakan rekaan yang nipis dan elegan. Ia juga dilihat memfokuskan kepada kemampuan kamera kecerdasan buatan mereka. Oppo A93 dijana dengan cip MediaTek Helio P95 dan dipadankan dengan memori 8GB RAM dan 128GB storan dalaman. Skrin pula adalah 6.43-inci Super AMOLED, kamera 48+8+2+2 Megapixel, kamera swafoto 16+2 Megapixel, bateri 4015mAh dan menyokong sistem pengecasan pantas VOOC 4.0.

Oppo Malaysia walau bagaimanapun, masih tidak mengumumkan tarikh jualan serta harga. Apa-apa pun, peranti ini yang pasti adalah alternatif lebih murah dari Oppo Reno4 yang dijual di Malaysia.



TIPS & ULASAN