Google Meet Memperkenalkan Ciri Pembatalan Hingar Dan Laporan Kehadiran Kelas Untuk Android Dan iOS

Google Meet Memperkenalkan Ciri Pembatalan Hingar Dan Laporan Kehadiran Kelas Untuk Android Dan iOS

Diterbitkan pada Sep 29, 2020 oleh .

Sepanjang tahun ini, Google telah memperkenalkan beberapa ciri tambahan untuk perkhidmatan telesidang mereka, Google Meet. Diantara ciri-ciri ini termasuklah kesan kabur latar belakang (bokeh) dan juga pembatalan bunyi hingar.

Terkini, Google nampaknya telah memperkenalkan ciri-ciri tersebut untuk peranti pintar Android dan iOS pula melalui pelan G Suite For Enterprise dan G Suite For Education.

Sebelum ini, ciri-ciri ini hanya boleh diakses melalui perisian desktop, tetapi dengan kemaskini terbaru, para pelanggan G Suite yang dinyatakan diatas boleh mengakses ciri pengkaburan latar belakang dan pembatalan hingar ini bermula hari ini.

Satu lagi ciri baru yang diperkenalkan ialah laporan kehadiran untuk telesidang untuk pengguna seramai 9-25 orang. Ciri ini tiba untuk pelanggan G Suite Enterprise For Education yang akan menghantar hos sesi tersebut sebuah laporan kehadiran yang boleh digunakan sebagai laporan kehadiran pelajar.

Ciri-ciri baru ini akan mula dilancarkan untuk para pelanggan G Suite Enterprise bermula hari ini.



TIPS & ULASAN