Carian
Samsung Mungkin Akan Hadir Dengan Pengecas 65W
September 29, 2020 Fahim Zahar

Samsung buat masa ini hanya mempunyai sistem pengcasan pantas 45W untuk telefon pintar mereka. Ia menggunakan teknologi USB-PD PPS, yang mana kuasa pengecasan boleh dikawal. Sokongan 45W ini juga terhad untuk beberapa peranti mercu mereka sahaja.

Terkini menurut laporan SamMobile, Samsung mungkin akan hadir dengan sistem pengecasan pantas 65W. Tidak terkejut jika ia masih menggunakan USB-PD PPS, kerana sistem USB-PD yang terkini menyokong sehingga 100W. Mungkin dengan pengenalan 65W untuk peranti mercu akan datang, peranti dengan kelas lebih bawah akan menerima sokongan pengecasan pantas 45W. Pengecas ini dilihat menggunakan nombor model  EP-TA865, yang dijangka akan diperkenalkan bersama-sama dengan Samsung Galaxy S21 Ultra.

Komen