Samsung Dilaporkan Akan Hadir Dengan Dua Lagi Peranti Galaxy M

Samsung Dilaporkan Akan Hadir Dengan Dua Lagi Peranti Galaxy M

Diterbitkan pada Sep 29, 2020 oleh .

Samsung Galaxy M adalah peranti kelas pertengahan mampu milik Samsung. Samsung Galaxy M51 adalah salah satu peranti yang baru dilancarkan di Malaysia, yang mana menawarkan spesfikasi menarik dengan kapasiti bateri besar. Walaupun sudah hampir ke penghujung tahun 2020, Samsung masih belum tamat dengan penawaran Galaxy M.

SamMobile melaporkan yang Samsung bakal hadir dengan dua lagi peranti Galaxy M iaitu  SM-M425F dan SM-M127F. Ia dikatakan adalah Galaxy M42 dan Galaxy M12s. Galaxy M42 dikatakan menggunakan storan 128GB dan kamera 64MP, manakala Galaxy M12s masih tiada sebarang informasi lagi. Buat masa ini, Galaxy M42 sedang melalui proses pembangunan perisian, yang mana peranti ini mungkin akan tiba dalam masa terdekat ini.

Peranti Galaxy M41 sudah pun dibatalkan pelancarannya, tetapi dua peranti ini mungkin akan tiba sebagai pengganti.



TIPS & ULASAN