Ini Cara Mudah Melihat Kawasan Panas Covid-19 Di Malaysia Menggunakan SELangkah

Ini Cara Mudah Melihat Kawasan Panas Covid-19 Di Malaysia Menggunakan SELangkah

Diterbitkan pada Sep 29, 2020 oleh .

Tular di media sosial beberapa pusat membeli belah popular di sekitar Lembah Klang dan Negeri Sembilan yang menjalani proses sanitasi akibat dilawati pesakit Covid-19. Ramai merungut kepada akaun media sosial Kementerian Kesihatan Malaysia kerana didakwa lewat mengesahkan kandungan tular yang kemudiannya disahkan sahih.

Aplikasi MySejahtera pula tidak memaparkan maklumat kawasan yang dilawati pesakit secara masa nyata kerana hanya dilakukan selepas mendapat pengesahan KKM. Jadi apakah alternatif yang boleh anda gunakan untuk melihat lokasi-lokasi panas ini?

Jawapannya ialah menggunakan ciri peta SELangkah. Laman web SELangkah mempunyai ciri untuk melihat kawasan yang dilaporkan mempunyai pesakit Covid-19. Walaupun SELangkah hanya digunakan di Selangor, fungsi peta kawasan yang dilawati pesakit Covid-19 yang dipaparkan merangkumi keseluruhan Malaysia kerana menggunakan data dari KKM sendiri. Jadi bagi mereka yang ingin melihat kawasan panas yang mungkin ingin dielakkan, peta SELangkah mungkin antara pilihan mudah.

Sebagai peringatan Google Maps juga akan memperkenalkan ciri yang sama tetapi pada waktu ini ia masih belum diaktifkan di Malaysia kerana diberikan secara berperingkat kepada pengguna global.

Layari laman SELangkah dengan peta kawasan yang dilaporkan dilawati pesakit Covid-19



TIPS & ULASAN